Sabtu, 18 April 2015
Benci Dadah
Saya Benci Dadah:::Antara kesan yang dapat kita lihat kepada individu yang terlibat dengan dadah ialah dari segi tingkah laku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Selain itu, penagih juga akan kehilangan tenaga seks, mudah pitam, pengsan, ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan