Selasa, 23 Jun 2015

MELETAKKAN LINK PADA BLOG

Assalamualaikum hari ini cikgu mengajar kami cara meletakkan link.link dipanggil juga puatan atau url


Meletakkan link pada tulisan

Selasa, 19 Mei 2015

SUSAH KE NAK SOLAT?

JOM KITA SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Ya-Allah...berikanlah aku kelembutan hati untuk mengerjakan setiap solat mu tanpa lengah-lengah atau kemalasan dalam diri. Ya, aku akui kadangkala aku sendiri alpa dengan kesibokan dunia sehingga cuai dalam mengerjakan perintah Mu.


Tengok video ni, solat mudah je :)








Sumber : Rasakami

Selasa, 21 April 2015

ASSALAMUALAIKA

Lencana Sekolah ku

SMK SERI RASAU atau nama asalnya, SMK Rasau Kerteh B1 telah ditubuhkan pada 1 Disember 19195.Sekolah ini dibuka bagi menampung keperluan pendidikan menengah penduduk Felda Kerteh 2 & 3 yang sebelum ini belajar di SMK Ketengah Jaya. Sekolah ini terletak dalam mukim Paka yang merangkumi kawasan sekolah seluas 10,876 hektar dan dikelilingi oleh penempatan peneroka felda dan ladang kelapa sawit.
Pada peringkat awal penubuhannya , sekolah ini mempunyai 581 orang pelajar dan 28 orang guru dan 2 blok bangunan utama sahaja.ejak itu , jumlah pelajar makin berkurang kepada 499 orang sahaja.dangan bilangan guru pula seramai 28 orang serta 8 orang kakitangan sokongan . Prasarana juga bertambah dengan 5 blok bangunan termasuklah bangunan makmal komputer dan bengkel MPV.

Sabtu, 18 April 2015

Benci Dadah

Saya Benci Dadah:::Antara kesan yang dapat kita lihat kepada individu yang terlibat dengan dadah ialah dari segi tingkah laku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Selain itu, penagih juga akan kehilangan tenaga seks, mudah pitam, pengsan, ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

TAK NAK MEROKOK

Berhenti Lah Merokok
k

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)

Selasa, 7 April 2015

I Love Islam

ISLAM ADALAH AGAMA KU

SURAH AL FATIHAH


Dengan Nama Allah,Yang Maha Pemurah,Lagi Maha Mengasihani

[0] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[2] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[3] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[4] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[5] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[6] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Selasa, 31 Mac 2015

Ekor Ikan Laga Seperti Langsir

Karin VT / Veiltail Betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas.

laga bunga

Laga Bunga / Rosetail Betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.

Pokok Ketapang

Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yg tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang lebar. Pokok ketapang digunakan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang/petani kerana daunnya yang lebar. Nama botani bagi pokok ini adalah Millania Catappa. Setiap bahagian pokok ketapang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Daun Ketapang adalah bahagian yang paling berkhasiat kerana mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali. Daun ketapang yg muda dan tua mempunyai khasiat yg berlainan. Daun ketapang yg tua/kering adalah daun yg sesuai untuk ikan laga kerana air rendaman daun ini boleh merawat luka-luka pada ikan laga. Air rendaman daun ketapang tua/kering berwarna keemas-emas/gelap.
Pokok Ketapang Untuk Ikan Laga

Ikan Laga Kampung

Ikan Dari Kampung

Selasa, 24 Februari 2015